andai ini takdirnya utkku

Wednesday, September 26, 2007

~Dah nak raya dah ke?~

Assalamualaikum...agaknya aku yang tidak menghitung hari untuk menyambut hari raya. Barangkali ibu-ibu semua sudah membuat persediaan untuk sambutan hari raya yang bakal menjelma dua minggu lagi. Barangkali ada yang teringin menukar langsir baru sofa baru rumah baru dan semuanya baru. Rasaku entahlah takde nak tukar apa-apa atau nak sibuk-sibuk buat kuih. Zaman sekarang orang nak beli kuih pakai main tunjuk-tunjuk aje. Apatah lagi bagi mereka yang bekerja. Yang tak kerja macam akupun tunjuk gak.

Masih ku ingat lagi ketika zaman remajaku...nak buat kuih raya bukan seperti sekarang pakai main blend dan putar-putar aje. Tapi aku dulu pakai main tumbuk-tumbuk...nak bakar kek dan biskut pulak terpaksalah pakai pasir dan tin. Tetapi hasil kreatif kakakku menjadi pulak kek dan biskut. Sedap dan rangup lagi...agaknya ada bau-bau arang tulah yang menambahkan kesedapan. Tapi hairan ya...bila dah semuanya cukup lengkap jadi malas pulak nak buat biskut raya. Huih bagiku buat biskut raya sesuatu yang rumit buang masa. al maklumlah nak buat semua tu sorang-sorang. Lagipun suamiku kata tak payah kalut-kalut nak buat biskut...nanti biskut jadi lemau. Keluargaku bukannya makan sangat, depa ni lebih suka makan nasi aje..tak payah nak biskut-biskut huhuhu senangnya jadi aku. Depa tak suka sebabnya banyak mengunakan butter atau majerin... akupun. Tahun lepas kemainlah banyak beli kuih raya...buat biskut tetapi sudahnya aku blend dan buat kek. Sedap jugak hasil kek kitar semula ni.

Tahun ni nampaknya relaks ajelah aku. Tak payah fikir nak buat biskut raya...kalau buatpun agaknya yang goreng-goreng aje. Atau kalau rajin buat kek. Itu aje yang paling senang. Kalau nak buat biskut di bulan pose ni sorang-sorang...ada saja alasannya mengantuklah. Padaku dari aku buat benda yang aku tak suka lebih baik aku berkebun bunga atau aku merayau ke luar rumah. Tetapi kalau aku berteman seronoklah juga. Tahun ni nampak gayanya satu kad rayapun aku tak hantar kat member lama dan member cyber. Entahlah..padahal bukan tak beli...tapi aku malas nak tulis. Sejak dua menjak ni malas betul nak pegang pen. Aduh..rasa lenguh pulak. Kalau dulu tak usah cakap ler kemain rajinnya.

Persiapa raya bagiku entah...aku tak rasa nak siap apa-apa cukup ala kadar saja. Berbelanja ni biarlah ikut kemampuan kerana aku tak mahu amalkan pepatah ini..."biar bergaya asalkan papa". Yang aku nak anakku cukup makan dan pakainya sudahlah.. Dalam apa jua biarlah bersederhana...tak usah nak terlalu ikutkan hati aje ( cewah jangan pandai cakap saja aku ni hihihi)...memanglah kalau pergi shooping tu semuanya nak. Kalau baju raya dah buat dua tiga pasangpun bila tengok yang fesyen baru nak lagi. . Kalau nak ikutkan semuanya nak tukar...tetapi bagiku kalau yang masih okey tu tak kisahpun. Nampak gayenya biase-biase aje ler.

Berbuka puasa....alhamdulillah tahun ini aku tidak membazir...tak seperti tahun lepas. Kalau buat apa aje mesti berlebih-lebih. Dahlah jiranpun takde kat sini. Habisnya rezeki kucing dan burung sajalah. Anda bagaimana pulak? Tentu seronok berbuka dan buat persiapan hari raya di kelilingi anak-anak yang ramai. Beruntung orang yang punya keluarga besar ni waktu berbuka tentu seronok. Di waktu begini terkenangkan keluarga di kampung waktu berbuka dan waktu bersahur. Tapi aku nak masukkan nasi ke mulutpun aku tak lalu waktu sahur. Air sajalah yang ku teguk.......

Entah le tak tau nak cerita apa dah...........


0 comments: