andai ini takdirnya utkku

Monday, September 28, 2009

nostalgia aidilfitri

Tiba di rumah pagi hari raya, nasi dagang dan nasi hujan panas berlaukkan ayam masak merah dan juga biskut raya penuh terhidang di atas meja. Bab masak ni Kak Za(kakak iparku) kalau nasi dagang mek Kak Awwa yang masak di bantu Kak Za dan anak-anak. Nurul,hajar dan anak-anak lepak di dapurSetelah kesemuanya berkumpul mereka sibuk bergambar sebagai kenangan. Sayangnya kameraku rosak. Entahlah dalam bulan Sept memang banyak kejadian pecah dan jatuh. Mula-mula kamera yang di pegang Hafiz terlepas pecah skrin, pastu di ikuti dua biji gelas yang Kak Awwa basuh terlepas alu lesung huhuhu. Nak bersahur pulak terlepas mangkuk panas pulak dengan gulai...

Sunday, September 27, 2009

Selamat pengantin baru Nurul

Genap usiamu 23 tahun seusai belajar dirimu bergelar isteri orang. Pasti abah dan umimu tersenyum bahagia melihat dirimu di hias indah menjadi raja sehari. Doaku panjatkan semoga dirimu akan menjadi isteri yang solehah dan bahagia hingga ke hujung nyawa.Selamat mendapat menantu Kak Ass dan Abang Zul....p/s Gambar ketika bertunang... tentu gambar perkahwinan lebih cantik dari ini. Masih menanti gambar pengantinnya di friendster Nurul (24/9/2009 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1430 hijriah khamis....

Saturday, September 26, 2009

suka duka balik raya dengan LG&TV9 part2

Setelah semuanya selesai hadiahpun dah dapat yang kecik dan yang besar bersahurpun sudah. Tepat jam 1.30 pagi perjalanan ke Kota Bharu bakal bermula, manakala bas ke Kuala Trengganu menyusul tak lama kemudian. Pemenang balik ke Trengganu tak ramai berbanding dengan yang nak balik ke Kelantan. Tetapi tak penuh satu baspun. Kak Awwa duduk berasingan dengan suami dan Hafiz. Kerana memilih tempat duduk di hadapan bersama seorang adik yang hendak pulang ke Pasir Mas.Jalan tak usah cakaplah jam sangat-sangat. Jam 4am baru sampai ke Bentong. Bayangkanlah hendak ke tandas jauh, dahlah gitu kena beratur pulak. Bila dah dapat giliran lama pulak tu masuk...

Friday, September 25, 2009

suka duka balik raya LG&TV9

2-9-2009 Anda tepilih sebagai sebagai pemenang Balik Kampung bersama LG&TV9 pada 18/9 sila hubungi LG untuk maklumat lanjut dgn segera.17-9-2009 terima surat dari LG dan juga sms BALIK KAMPUNG DENGAN LG-SIMPAN & TUNJUK SMS ini utk menebus bas tiket ke KB. Himpun di PINTU BESAR KL Sentral 11pm,18/09 TV3 dan Crew akan bersama anda!. BALIK KG dgn LG: Gentle Reminde-Pls Check &Ensure u body temperature is Belw 37.5 as u will NOT be allwed to bard bus if its Higher than 37.5.Ketika Kak Awwa terima SMS dar LG tu suami Kak Awwa dah beli tiket keretapi pada 22-9 untuk balik ke Kelantan. Cuma tiket balik sahaja manakala untuk pulang...

Friday, September 18, 2009

ucapan SMS dari rakan-rakan

Sms ini Kak Awwa simpan sudah lama dari tahun lepas lagi. Oleh kerana terlalu lama Kak Awwa terpaksa mendeletenya dalam hp Kak Awwa dan updatekan di sini.Untuk tahun ni Kak Awwa dah agak kekurangan kredit untuk bersms, cukuplah ucapan hanya melalui box rakan-rakan blogger. Yang tidak mempunyai blog Kak Awwa hantar emel saja. Pagi tadi sahabat Kak Awwa Lea datang ke rumah untuk mengucapkan selamat hari raya terharunya...Di antara sms itu terdapat dari NB (Kak Norhayati Berahim novelis terkenal) yang di hantar kepada Kak Awwa tahun lepas. Tahun ni dah takde dah yalah novel tak menjadi manalah nak hantar lagikan. Tu lah bertatihpun tak lepas ada hati nak tulis novel ahakssss. From NB "Andai kita di beri pilihan,antara ramadan dan lebaran;sukar rasanya menyajikanjwpn,kerna kedua2nya anugerah...

Wednesday, September 16, 2009

Salam lebaran

SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan-rakan blog yang kenal dan yang tidak mengenali Kak Awwa. Hendak conteng kesemua blog kalian tak termampu Kak Awwa. Raya tahun ni sambutannya ala kadar saja, lebih kepada tak berapa ghairah nak menyambutnya. Kak Awwapun tak tahu di mana Kak Awwa hendak beraya di sini atau di sanun entahlah. Walau bagaimanapun inilah hari kemenangan untuk umat islam setelah berpuasa selama sebulan. Bersyukurlah kerana masih bertemu lagi hari raya tahun ini. Mudahan bertemu lagi dengan ramadhan dan aidilfitri tahun hadapan. Kepada kawan-kawan yang mengenali atau tidak di kesempatan ini Kak Awwa dan keluarga ingin mengucapkan...

Monday, September 7, 2009

pergi Mid Valley tp xbeli apa2pun

Semalam sempena Nuzul Quran suami Kak Awwa tak bercuti(Kl tak cuti). Dia pegi kerja seperti biasa. Tetapi pukul 10.00 pagi suami telefon Kak Awwa ajak Kak Awwa pergi CIMB di Section 14(lepas tu dia kena pergi PPUM ada janji temu dengan doktor). Bagaimanalah Kak Awwa boleh terlupa yang bank tutup di Selangor ni. Penat-penat je pergi bank tutup. Mau tak mau dah keluar kenalah pergi jugak di Kuala Lumpur nak selesaikan urusan.Dalam teksi borak dengan pemandu teksi Cina. Peramah pulak dia ni, memanglah selama Kak Awwa naik teksi ada berbagai ragam pemandunya. Ada yang senyap, dan ada tu pemandu Cina nak cakap Melayupun tak fasih tetapi mau dia sembang alahai peramahnya dia. Tetapi pemandu teksi ni takda lah pelat sangat loghat Cinanya."Hantar kami ke Bank CIMB Kuala Lumpur kata suami saya....

Tuesday, September 1, 2009

Persiapan aidilfitri

Sedar tak sedar pejam celik pejam celik dah dua belas hari kita berpuasa hari ini. Mungkin ada sesetengah kaum ibu sudah membuat persiapan untuk anak masing-masing. Maklumlah aidilfitri ni di sambut sekali setahun sahaja. Tentulah teruja untuk menyiapkan itu dan ini. Tambah-tambah yang ada keluarga besar lagilah hendak buat persiapan awal-awal.Bagi Kak Awwa persiapan raya ala kadar sahaja. Memandangkan nak berpindah sudah tentunya memerlukan kos yang banyak untuk menyewa lori, upah orang angkat barang dll. Persiapan raya tak semestinya serba baru. Misal kata kain langsir tu kalau boleh di pakai lagi pakai lah hehehe(. Kan mudah tak payah...