Sabtu lepas anak aku Hafiz telah selamat pulang di hantar dengan kereta nautika milik salah seorang ustaz yang keluar di TV9( nama dah lupa). Bapa salah seorang pelajar di maahad tempat anak aku belajar. Aku kira orang berduit tak kan nak hantar anak belajar ke maahad atau madrasah..kenapa tidak hantar sahaja ke sekolah swasta. Tetapi itulah ketentuaan Ilahi. Di zaman yang serba mencabar di saat manusia begitu jauh dengan ugama rasanya aku bangga dan tidak menyesal menghantar anak aku belajar di situ. Semua yang berlaku itu bersebab. Kesusahan yang telah kami lalui ada hikmahnya.Aku bangga anak aku menjadi imam solat untuk aku dan ayahnya, aku bangga bila tiap kali tiba waktu solat anak aku akan bergegas ke surau atau masjid. Aku bangga bila anak aku melaungkan azan tiap kali tibanya waktu...