andai ini takdirnya utkku

Thursday, August 30, 2007

~Tarikh-tarikh penting dalam hidupku~

31 Ogos 2007Assalamualaikum.....Hari ni merupakan hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercenta. Malam tadi tengok jugalah percikan bunga api yang berkilauan . Tak taulah datang dari arah mana, tengok kat halaman rumahku. Datang arah Petaling Jaya ni lah kot. Kalau dah tinggalkan tempat ini tak dapatlah nak tengok kilauan bunga api lagi.....cantik sungguh. Tak taulah samada ini kali terakhir aku melihat kilauan bunga api yang cantik kat sini atau sebaliknya.Hari ini juga merupakan hari ulang tahun sahabatku Lia. Bertuah dia kerana dilahirkan pada 31 ogos.Pagi tadi terlepas tengok perarakan di siaran langsung di Tv. Bukan tak ingat tetapi banyak kerja..orang lain sambut merdeka pergi jalan situ sini, aku dengan famili bergotong royong bersihkan halaman rumah yang teruk ni. Hilangkan...

Tuesday, August 28, 2007

~Hari yang malang~

Hari ini aku berkobar-kobar hendak menyambung semula penceritaanku di dalam notepad yang aku simpan segala macam yang aku tulis di komputerku. Sudah berkali-kali suamiku menyuruh aku menulis di google atau notepad di yahoo. Tapi bagaikan mencurah air ke daun keladi aku tak mendengar katanya dan terlupa pula hendak menyimpannya ke emel. Hari ini komputer ku sudah rosak.... untuk mengunakan komputer suamiku aku tidak begitu berminat, cukuplah hanya sekadar melihat Internet saja. Tapi aku tidak berminat untuk menulis di komputernya kerana aku sudah lupa apa yang aku tulis. Sedih bercampur baur. Bendanya dah bakal sampai ke penghujungnya tak lama lagi. Di pihak temanku sudah di beri lampu hijau oleh seseorang agar aku teruskan penceritaanku. Alahai macam-macam yang berlaku bulan ogos ni, agaknya...

Friday, August 24, 2007

~Aku dan lirik lagu~

Bagai tidak dapat di pisahkan, setiap kali aku menulis aku akan sertakan lirik lagu yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku. Semenjak aku menulis ( eh bercerita, aku bukan penulis) di relexjap lagi. Akupun tidak tahu kenapa aku suka menghayati lirik lagu dari mendengar lagu. Memanglah kalau dulu-dulu suka benar mendengar lagu yang berirama sentimental. Tapi sejak berusia ini aku hanya meletakkan lirik lagu di setiap penceritaanku. Apa nak dikata dah itu memang gaya aku menulis.Alhamdulillah hari ini semangat yang hilang kembali semula setelah mendapat khabar dari sahabatku. Ya Allah gembiranya aku mendengar suaranya...bagaikan sang kekasih yang merindui kekasihnya. Benarlah kalau ianya terbit dari hati yang ikhlas bagaikan tidak dapat di pisahkan lagi.kekadang semangat yang hilang akan datang...

Thursday, August 23, 2007

~Andai ku turut rasa binasa, ku turut hati mati~

Assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari...seperti biasa bila tiba musim cuti sekolah anakku Hafiez mengikut ayahnya ke opis. Maklumlah hari ini jumaat masa bercuti ini lah dia hendak bersolat jumaat. Kalau tidak hendak ke masjid bulan di seksyen 14 sendirianpun aku tak harap pulak. Maklumlah diakan masih kecil, tak kan ku biarkan naik teksi sendirian. Hari ini tinggalah aku sendirian di rumah tanpanya.Semalam ku terima panggilan dari adik iparku Al...dia mengajak aku balik ke kampungku kerana katanya diaorang satu famili hendak pergi menziarah ayahku sambil pergi melancong beli barang di Rantau Panjang. Senangnya nak ajak orang macam aku ini, nak suruh pulak aku naik bas MAUT. Aduhh, tak ingin dah aku nak naik bas MAUT tu....rasanya takut bila sejak akhir-akhir ini kemalangan...

Monday, August 20, 2007

~Masa pantas berlalu~

Assalamualaikum.....Cepatnya masa berlalu...dahpun di bulan syaaban kita ini ya. Tak berapa lama lagi bulan ramadhan pula akan menjelma. Alhamdulillah kerana masih lagi bertemu dengan bulan ramadhan untuk tahun ini. Harap-harap akan di panjangkan umur semoga bertemu lagi dengan bulan ramadhan di tahun akan datang.Hmm, nampaknya musim cuti sekolah ini seperti biasa aku tak pergi ke mana-mana, oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Ni sajalah kerjaku sejak akhir-akhir ini mengadap komputer..menziarah dari satu blog ke satu blog orang yang ku kenali atau tidak ku kenali. Sejak dua menjak ini aku suka ke blog motivasi saudara Shueqry banyak yang dapat ku kutip pengajaran dari sana. Aku juga menjelajah ke blog-blog usahawan seperti Linncomel dan sebagainya. Kata suamiku blog bukanlah...

Friday, August 17, 2007

~Tiga belas tahun~

Tiga belas tahun yang lalu aku hanya menjadi penghuni setia kamar sepi..siapa yang menduga kalau telah di takdirkan aku untuk bertemu jodoh. Sesuatu yang tidak ku impikan selama ini. Bagiku cukuplah hanya pena, writing pad menemaniku di kala kesunyian, cukuplah hanya radio usang pemberian dari kakakku. Benarlah jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Siapa sangka aku telah menjadi isteri dan ibu tiga belas tahun yang lalu. Alhamdulillah..semoga Allah panjangkan jodoh aku hingga ke akhir hayat. Dan kami telah berjanji andai salah seorang di antara kami pergi dulu kasih kita tidak akan pudar.Selalunya aku akan bertanya suamiku..."kalau awwa gi dulu, abe nikah lain dak?".Dengan senyum simpul dia akan berkata "takdak sapa yang nak kat abang...siapalah abang ni. Abang yang akan pergi dulu kerana abangkan...

Monday, August 13, 2007

~Zikir Munajat~

Tenang rasa hati bila selalu di basahi lidah dengan zikir dan munaj...

Saturday, August 11, 2007

~ Aku, gambar dan Ainatul~

Aku lebih senang di panggil Kak Awwa, juga di kenali Iman. Ainatul adalah nama anak angkatku ketika di Countryhomes yang sudah lama tidak ku temui. Ainatul dan adik-adiknyalah yang menjadi penghiburku tatkala anakku Hafiz ke sekolah dia merupakan anak Ustazah Hidayah iaitu ustazah yang mengajar aku mengaji tajwid. Ainatul Mardiyah seindah rupanya..nama ketua bidadari di Syurga. Aku suka Ainatul..lalu aku namakan aku Ainatul.Aku suka menulis...aku tulis apa saja yang aku suka. Dengan menulis membuatkan aku merasa bahagia. Itulah lahirnya blog ini. Blog dan komputer merupakan kawan karibku, tatkala aku bersendirian di rumah. Aku suka mendengar lagu berirama sentimental, sesuai benar ler dengan jiwaku yang agak jiwang habis.Tentang gambar??? Pada mulanya aku agak takut untuk menayangkan mukaku...

Thursday, August 9, 2007

~Astaghfirullah~

Tajuk Lagu/Lirik: Astaghfirullah (Anak Cucu Adam)Penyanyi/Artis: MarshandaAstaghfirullah robbal baroyaaAstaghfirullah minal khothooyaYa Illahi Ya TuhankuAmpunilah dosa dosa kuAku rindukan kehadiran MuSepanjang jalan hayat hidupkuTiada berharap hanya dari MuYa Illahi mohon pada MuPenuh harapan petunjuk MuAku tersesat di jalan iniTak tau lagi arah kembaliTuntunlah aku kemana pergiYa Illahi Ya TuhankuHamba Mu ini menuju MuJiwa ragaku jadi belengguHanya rahmat Mu selamatkankuRelakan aku dekat pada MuYa Illahi, pandanglah kamiMohon curahkan belas kasih MuAgar ku dapat keredhaan...

~Suntikan semangat buatku~

Sudah terlalu lama impian ini aku pendamkan. Setiap kali selepas solat aku selalu memohon kepada Allah semoga segala impianku tercapai jua. Akhirnya Allah telah makbulkan permintaan aku. Syukur kepada-Mu yang tidak terhingga Ya Allah. Di saat aku berduka lara Engkau berikan aku anugerah ini.Sebelum ini aku memandang penuh sayu bila mana diriku tidak di pedulikan. Orang lain ramai teman aku tidak, berbagai kata-kata semangat dan sanjungan yang di berikan kepadanya tetapi aku hanya memandang sepi. Aku berjauh hati..tetapi aku bersyukur kerana tanpa aku sedari aku yang membangkitkan semangat itu. Aku tidak perlu untuk menerima sanjungan, pujian atau simpati dari sesiapa. Tetapi akulah yang perlu menyanjungi diriku sendiri, akulah yang mesti menyuntik semangat OKU BOLEH ke dalam diriku. Ya Allah...

~Akhirnya Impianku Terlaksana Jua~

"Andai ini takdirnya untukku" aku redha menerimanya. Aku rasa sesuai benar dengan tajuk blog baruku ini. Ya, setiap kejadian mengandungi hikmah yang aku sendiri tidak mengetahuinya. Rasaku sudah beberapa kali cuba update blogku ini. Dan sudah beberapa kali pula aku mendeletenya. Aku berharap semoga kali ini aku tidak mendeletenya lagi. Aku percaya aku punyai keyakinan.Semalam 7 ogos 2007 merupakan detik yang paling gembira dalam hidupku, kerana impianku yang terpendam selama ini terlaksana jua. Ya Allah aku mengucap syukur kepadamu. Aku sujud kepada-MU ya Rabbi. Di saat aku di uji dengan berbagai ujian aku di ganti pula dengan berita gembira. Menitis air mataku kerana terlalu gembira, bukan sekadar menitis tetapi berderai air mataku.Sesungguhyna besarnya anugerah ini kepadaku Ya Allah. Aku...