andai ini takdirnya utkku

Tuesday, August 5, 2008

esok balik kampung

Kerana rindu ini tidak akan pernah padam, kerana rindu jugalah aku akan pulang ke kampung besok dengan menaiki bas di Hentian Putra. Suamiku pulang terus ambik teksi dan pergi mengambil Hafiz di Shah Alam. Call mek di kampung, mek kata ayah sakit bahu masih belum sembuh lagi, ayah jatuh motor ketika pulang dari masjid.

Sekarang ayah dah tak boleh buat benda-benda yang ayah suka, ayah tak boleh menyangkul lagi. Itulah hobi ayah kalau sihat sikit ayah tak tau duduk diam, ayah pergi tanam bermacam-macam jenis sayur. Kalau tak buat kerja tu ayah tak senang duduk. Semenjak ayah pencen dari menjadi petani ayah hanya bercucuk tanam untuk makan sendiri, kekadang ada orang kampung datang beli sayur dan ubi yang ayah tanam. Ubi ayah tanam bukan saja ubi kayu, tetapi ada berbagai jenis ubi, ubi badak,ubi itik, ubi keledek, ubi keling..huih jangan marah pulak sebab memang kat kampung aku panggil ubi yang hitam gelap tu ubi keling ubi keladi. Isys dah tak larat nak tulis dah jenis ubi-ubi yang ayah tanam. Kerana minat ayah suka berkebunlah menurun ke aku, akupun minat berkebun bunga dan sayur. Dua tiga bulan lepas ada jugak aku menanam kacang panjang dan kacang botol tetapi entah agaknya keadaan tanah yang tidak berapa elok, dua tiga kali makan dah mati pokok tu. Masa mula-mula pindah ke sini menjadi jugak aku menanam sayur, tetapi sejak akhir-akhir ini banyak pulak makhluk perosaknya.

Masih ku ingat lagi ketika aku di sekolah rendah ayah selalu kata...erm cuba tengok bunga sapa yang paling comel, bunga mung ke lado ayoh yang berwarna warni nih? Ayah suka menanam cili yang berwarna warni,ayah buat satu tempat khas untuk di letak pasu-pasu cilinya. Memang cantik cili-cili yang ayah beli benihnya di pasar minggu, ada warna biji kundang, merah menyala dan memang comel sangat. Ayah selalu membandingkan-bandingkan bunga yang aku tanam dengan buah-buah cilinya. Lado cengek pun ada. Cili api pedas yang amat tu kitorang panggil lado cengek.

Mek selalu tanya ayah buat apa tanam ubi banyak-banyak tu? kata ayah kalau musim hujan semua orang datang beli ubi di rumah, selalunya begitulah orang akan datang beli ubi di rumah, kalau tidak buat kuih muih jualan diorang makan sendiri. Orang kampungku suka buat tapai ubi kayu. Tapai ubi kayu ni kalau mek aku yang buat menjadi, tetapi kalau aku aduhhh nampaknya tak menurun mek sebab tak pernah menjadi.

Kalau nak ikutkan bulan tiga masa pilihanraya baru-baru ni aku sudah pulang kampung, tetapi entah kenapa hati dan perasaan aku resah bila terkenangkan ayahku. Aku ingin memeluk dan mengucup dahi tuanya, aku tau ayah sayangkan aku, setiap kali aku memeluk dan mengucup dahinya mata ayah berkaca. Begitu juga ketika aku hendak pulang pasti ayah yang lebih sedih dari mek. Ketika itu hatiku sebak, ya kerana aku bukannya seperti anak-anaknya yang lain, hendak pulang ke kampung sajapun agak susah. Tetapi kerana mereka aku sanggup berkorban apa saja. Anak-anak mek berjauhan dengan mek demi mencari sebuah penghidupan dan rezeki.Yang tinggal cuma abang aku dan keluarganya yang no 5 di rumah itu . Kalau tidak ada diaorang di rumah tu susah juga ayah dan mek. Ya rezeki kami bukan di kampung, tetapi kalau nak di bandingkan, kakak dan abang masih duk di Kelate biarpun tak tinggal sekampung. Sedangkan aku dan abang yang sulungku saja yang masih berjuahan dengan mek dan ayah.Tak apalah mek dan ayah kalu ada rezeki kami akan pulang jua ke negeri tumpah darahku. Allah hai bukannya duk jauh sangat ...tetapi itulah agak jauh bagi orang yang kurang upaya seperti aku ni.

Memandangkan 7 Ogos tu Hafiz cuti, anak pengarah As Solihin berkahwin, kami di undang tetapi rasanya inilah kesempatan untuk aku pulang. Bukannya apa kalau time cuti sekolah ke, raya ke kat mana-mana stesyen baik KTMB dan Hentian Putra penuh sesak dengan manusia yang hendak pulang ke kampung. Nak hulur kakipun susah kerana ramainya manusia. Tahu-tahu ajelah anak Kelate ni tok soh kalu tak kelik kampung, susah lagu manopun musti kelik jugok tuh. Tetapi tidak bagi aku, masa tu aku elakkan, kalau nak berceritapun berpada-pada biarlah rahsia hehehe. Mungkin segelintir teman-teman yang tahu bagaimana keadaan aku. Memanglah rindu dan sedih, tetapi apakan daya...........

Ya Allah aku bersyukur kerana Engkau panjangkan umur ayah dan ibuku, kasihku tidak terucap buat mereka. Selagi nafasku masih bernyawa selagi itulah kasihku tidak pernah padam buat mereka. Doa ku panjat semoga Allah meringankan segala kesakitan ayah. Kata mek, tok soh keliklah wat nyusoh ko mung jah, ayoh mung sakit bahu jah tuh. Tetapi kata hatiku, tak apo mek, oghe nak kelik jugok sebab oghe rindu sangat kat mek ngan ayoh, kalu kat oghe lain tuh dok sangat mek, ayoh. Demolah patut maghi sini, tetapi demo gak nampok susoh benar nak maghi sini. Tak apolah mek, kalu nak di kira pengorbanan ayah dan mek membesarkan oghe tak terbalas mek. Apa lagi anak mek yang tak seperti orang lain.

Opsss lupa...tiket bas dah naik oooo, kalu dulu untuk oku rm15 lani dah naik rm 24. Nampak gayanya naik flight lagi murah.

P/s Oleh sebab-sebab yang tak dapat di elakkan mangkuktingkat.com tidak dapat di hantar ke rumahku. Malam tadi kakak tu call lagi tak dapat hantar. Permintaan semakin bertambah, semoga segala kesulitan ini dapar di atasi dengan segera. Malam tadi tunggu juga tetapi tepat jam 10 kakak tu kata tak sempat hantar ke sini. Sabar ajelah......... Aku habag kat kakak tu tak yah hantarlah minggu ni, hantar senin depan sebab kami pulang kampung n hari ahad baru balik sini.

Layari www.mangkuktingkat. com

3 comments:

slamat bertolok balik ke Kelate n smoga ayoh kak awwa sihat sejahtera

ye ler blogkelate weh...trima kasih tinggal komen nih ya........

Salam kak awwa - ayah tu sememenya dah sakit..awwa jg dok risau y. K awwa kena jaga kesihatan gak tuh. Tokma doakan ayah kak awwa cepat sembuh dan selamat sejahtera semuanya sekeluarga.