andai ini takdirnya utkku

Friday, August 29, 2008

esok hari merdeka, lusa puasa

Ramadhanku kali inilah yang paling menyedihkan. Banyaknya benda yang membuatkan hatiku tersentuh. Pertamanya tahun inilah buat pertama kali aku puasa tanpa Hafiz. Keduanya keadaan rumahku yang tak ubah seperti kapal titanic. Untuk mengemas mengambil masa juga, bermula dari memanggil orang mengemop dan mengemas. Terima kasih kerana tahun ni dapat bonos, biarpun orang kata gula-gula akibat kemerosotan PRU12 aku tak ambil pusing yang pasti orang yang agak gawat macam aku memang memerlukan bonos, bukannya aku tangkap muat aje. Bagi kami itu semua amat berharga, (lagipun MB Kelatepun kata orang bagi ambik). Dah kerja penat-penat kalau orang nak bagi bonos ambil sahajalah. Lainlah orang atasan mana nak cukup kalau bagi banyak tu, tetapi kami alhamdulillah cukup, biar sedikit janji berkat. Untuk persiapan raya dan untuk anakku yang belajar menelan belanja yang banyak dari bulan ke bulan. Dah nama lagi sekolah swasta memang begitu, apa nak di kata lagi. Insya-Allah kerana anakku nan seorang kami mampu setakat ini demi kerana mu wahai anak.

Lusa puasa dalam kepala ni dah merancang, teringinnya nak menukar langsir tahun ni yang berwarna pink atau hijau muda. Untuk jendela di ruang tamu cukuplah. Di pintu gelunsur tak kisah pakai yang lamapun, di bilikpun tak kisah pakai yang lamapun. Kalau nak ikutkan kat sini banyak tingkat tak terbeli kalau nak beli kesemuanya( kalau rumah sendiri berbaloi). Ingat tahun ni teringin juga nak belajar buat tat, tetapi entahlah bila ingat-ingatkan nak buat sorang-sorang rasa takde mood pula. Alangkah seronoknya kalau aku ada seorang teman yang sudi menemaniku. Temanku budak remajapun dah cukup. Ketika tinggal di Countryhomes aku selalu mengajak Ainatul Mardhiah anak ustazah Hidayah untuk menemani dan menolongku membuat biskut. Kini semuanya tinggal kenangan, di mana Ainatul, Ustazah Hidayah dan anak-anaknya yang lain? Khabar terakhir katanya diorang pindah ke Sungai Penchala.

Kami buat biskut kelapa, biskut oat dan badam, bila sudah masak kami bahagi dua biarpun semua itu barang-barang aku yang beli. Setiap kali puasa kami seringkali bertukar juadah biarpun sedikit, hari-hati dia menghantar juadah ke rumahku. Setelah ustazah dan anak-anaknya pindah aku masih ada seorang kakak yang bernama Asmie, orang Bawean. Aku panggil dia Kak Mit. Dia juga selalu menolong aku buat bahulu, buah rotan dan apa saja yang aku minta dia pasti penuhi. Betapa baiknya Kak Mit terhadapku. Kak Mit buat kuih ketola yang di buat acuannya dengan tempurung yang di tebuk lubang, lebih kurang buat rotan jugak buh santan dan goreng...tetapi cantiknya seperti dipita. Insya-Allah tahun ni nak pergi kat rumah Kak Mit nak ambil gambar kuih ketola. Yang paling aku suka keropok belinjau mahalnya keropok ni. Sekilo rm 15 dulu, kalau sekarang pasti mahai gamaknya. Begitu juga bila tibanya ramadhan kami pasti bertukar juadah. Dia akan buat urat pegaga, pecal dan masakan Indonesia. Tetapi yang aku tak suka Kak Mit suka makan ajinomoto. Sudah berkali-kali aku kata tak elok makan ajinomoto. Tetapi mereka sudah sebati dengan ajinomoto..di belinya 1 kilo. Sebab itulah rambut aku banyak gugur ketika tinggal di sana sebab makan masakan Kak Mit.

Masakan di pagi raya lontong, ayam masak rendang, daging rendang dan nasi himpit sedap yang di bungkus panjang di dalam daun pisang. Sedap sebab rasa aroma daun pisang. Kalau orang Kelantan buat nasi himpit tanak beras dengan daun pandan saja, pastu baru di masukkan daun pisang di dalam besen besar atau periuk, di tindih dengan lesung batu atau benda-benda berat.
Tetapi sayangnya kerana aku hanya membeli nasi himpit segera sahaja. Mungkin aku tak ajin sebab tak biasa buat. Apa taknya selalu makan yang mek dan kakak buat.

Pagi tadi aku menelefon Hafiz dia sedang bersiap-siap untuk pergi motivasi di sekolahnya. Selamat berpuasa Afiz,biarpun tahun ini kita tidak dapat bersama tetapi insya-Allah tanggal 26. September 2008 ni kita pasti akan bebuka bersama kerana ketika itu Afizpun sudah bercuti. Dapat juga kita berbuka dan bersahur bersama.

Lia sahabatku menyambut ulang tahun esok 31 Ogos . Selamat ulang tahun yang ke..... sahabat semoga Allah lanjutkan usiamu dan barangkali hadiahmu yang paling benilai adalah cahaya mata yang bakal di lahirkan awal bulan Mac nanti. Tahniah sahabat.

Hari ni dah mula memasang jubin di bilik yang rosak, penutup nyamuk belum lagi di pasang, di jendela dapur hampir naik muak aku melihatnya kerana hitam legam akibat asap memasak yang tidak di ganti sedari awal aku masuk lagi. Harap-harap dapat di ganti baru. Kalau tak aku buang sahaja tanpa jaringan tu.

Maaflah teman-teman banyak pula ceritaku kali ini. Sekadar mengisi waktu luangku di kamar bersepah. Semoga tabah dalam menghadapi ujian. Semoga selamat negaraku tercinta, dan di beri pemimpin yang beriman. Semoga ini waktu-waktu yang terbaik untuk kita mendekati kepada Allah s.w.t di bulan yang mulia ini.

Untuk mek dan ayah, selamat berpuasa anakanda ucapkan. Kalau makan singgang tulang tu ingat-ingatlah anakandamu di sini. Untuk sahabat-sahabat selamat berblog dan semoga ukhuwahkan berkekalan, maaf kalau ada salah dan silapku sepanjang berblog ini.

p/s rasa sakit mata pulak nak baca warna hijau, tukar warna birulah pulak.........jangan lupa tengok akademi nasyid di TV9 akhir malam ni. Harap-harap Azhan akan menjadi juara, kalau takpun Dvision.......Cicikpun best jugak.

0 comments: