andai ini takdirnya utkku

Monday, August 18, 2008

18.8.2008 Wedding Anniversary









gulai mumban nyiur,huh tak berapa pakar bab ambik gambar nih








mee goreng









sambal telur puyuh


Ya Allah panjangkanlah jodohku hingga ke syurga. Insya-Allah andai ada kesempatan aku akan menyambung menulis. Terlalu sibuk al maklumlah anakku Hafiz sedang bercuti memasak aje kerjanya. Erm kalau takde hal sambung lagi malam ni.

Sambung lagi....

Wedding anniversaryku seperti biasa saja, tiada apa-apa kerana aku tidak menghadkan hari-hari istimewa dalam hidupku. Kalau boleh setiap hari dan detik biarlah itu merupakan hari istimewa. Tetap seperti biasa, dengan kain baju yang menimbun, mencuci melipat mengosok baju. Tiada kek kerana suami kerja di luar, belum sempat beli kek durian yang aku suka. Insya-Allah di lain hari sajalah.

Ini bermakna usia perkahwinanku alhamdulillah masih lagi bertahan hingga ke angka 14, harap-harapnya kekal hingga ke hujung nyawa. Ini bermakna juga aku sudah meningkat usia....bukan seperti usia empat belas tahun yang lalu, ketika itu usiaku dua puluh dua tahun.

Ucapan alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t, biar berbagai dugaan yang telah di tempuhi dan bakal mendatang insya-Allah akan kuharungi segalanya dengan hati yang tabah. Dunia ini hanyalah pinjaman sementara. Terlalu insaf bila melihat helain uban di kepala di kedutan di bawah mata, terlalu dekatnya aku dengan Maha Pencipta. Semoga ini semua dapat menginsafkan aku.

Petang semalam aku adalah masak sedikit kari daging campur dengan mumban nyiur/kelapa. Rasanya kalau orang Kelate pernah makan gulai daging dengan mumban nyiur. Kebetulan hari ahad tu ada kontraktor datang menebang segala pokok besar dan pokok kelapa yang condong ke rumah jiran. Rasanya jiranku pun sudah menarik nafas lega kerana tidak lagi bising dengan pelepah kelapa kering yang jatuh ke lamannya. Yang membuatkan aku terasa kerana sanggup jiranku ini memanjat bukit semata-mata untuk membaling pelepah kelapa kering ke dalam pagar rumahku. Betapa semangat kejiranan sudah hilang di sini, biar apapun bangsanya rasanya itu bukan sifat yang terpuji untuk di contohi. Senang cerita aku simpan pelepah kelapa kering tu buat bakar ayam atau ikan. Tak boleh nak salahkan jiranku juga kerana pelepah kelapa itu menyemakkan matanya. Inilah silapnya orang terdahulu kalau nak menanam kelapa janganlah tanam terlalu hampir dengan pagar. Uhh! bukan ini topiknya. Itulah aku kalau menulis tak rojak memang tak sah. Inilah hasil masakanku petang semalam.

Selalunya kalau kenduri kendara di kampungku diorang suka masak gulai kawah di campur dengan mumban kelapa muda atau umbuk nyiur. Nak jugak ambik umbuk nyiur tetapi tak sempat sebab diorang masuk ke dalam lori.

4 comments:

Slamat menyambut ulang tahun perkahwinan. Semoga akak dan sekeluarga sentiasa dirahmati oleh Allah swt.

terima kasih blog kelate ya..insya-Allah semoga Allah memberkati kehidupan kita semua.........

Semoga bahagia berkekalan