andai ini takdirnya utkku

Monday, August 11, 2008

cerita balik kampung

Khamis 7 Ogos 2008

baiknya pemandu teksi itu

Setelah sehari suntuk memasak dan mengemas petang itu hujan nak kata lebat tak lah juga. Cewah selalunya aku suka sangat bercerita kalau ada sesuatu yang mencuit hatiku dan yang mengembirakan hatiku.Hmm..di mana lagi nak ku luahkan segala cerita-ceritaku kalau bukan di dalam blog ini. Inilah teman di kala suka dukaku. Tetapi tidak mengapalah sekadar untuk mengemaskini blog yang kekadang agak sunyi sepi.

Jam 6.00 petang suamiku baru sampai ke rumah, al maklumlah kekadang teksi susah di Asia Jaya. Lepas tukar baju dan solat asar call teksi lagi untuk pergi ambil Hafiz di Brunsfield. Sudah berkali-kali dia sms dan call bertanya ibu dan ayah tak datang lagi ke ambil Hafiz? Sabarlah nak tentunya Hafiz faham bagaimana situasi kami ini. Ya jawapannya Hafiz akan tetap memahami bagaimana situasi ayah dan ibunya. Kalau terlewat sedikit bersabarlah, kan bersabar itu separuh daripada iman.

Call teksi tak nak datang hujan, lagipun diorang tak berapa nak pergi ke Shah Alam dalam keadaan jam dan hujan .Dua tigsa buah teksi tak mahu datang jugak. So terpaksalah suamiku pergi tahan teksi kat luar, nasib baiklah perumahan kami ni tak sesusah mana kemudahan itu, keluar tak sampai lima minit dah ada teksi di jalan besar. Sajalah nak cepat panggil ke rumah.

Awal-awal lagi kami dah bagitau pemandu teksi, nak ke Shah Alam pastu nak ke Hentian Putra. Selalunya begitulah kalau tak cakap awal-awal bimbang takut pemandu teksi nak ke tempat lain pula. Pemandu teksi ni ada yang peramah ada yang pendiam. Kalau yang pendiam kamipun jadi pendiamlah juga.

Jalan pulak terlalu sesak sangat-sangat. Seharian tak on PC hari tu rupanya baru teringat yang hari tu DSAI ke Mahkamah. Kalau tak jam tentu cepat sampai ke Shah Alam, kesian Hafiz menanti penuh sabar. Jam 7 malam pemandu teksi hendak isi gas pulak. Alamak lambat lagi di situ. Tetapi tidak mengapalah dah beginilah kalau menaiki kenderaan awam.

Dalam masa lima ke sepuluh minit lebih kurang baru siap segalanya. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi. Hafiz sedang menanti penuh sabar. Nak ke Hentian Putra lagilah terasa lamanya kerana jam lagi. Memanglah betapa situasi yang tidak menyeronokkan tinggal di ibu kota. Tu la kami kalau tak ada hal-hal penting tak teringin langsung nak tumpang bersesak-sesak begitu. Kalau kat Kelate time jalan jampun musim raya ajelah. Yalah anak-anak Kelate pulang ke kampung masing-masing. Kalau time lain memanglah tak jampun.

Satu yang membuatkan aku suka bercerita tentang pemandu teksi ini, kalau aku kata satu dalam seribu memang patut. Semoga Allah memberi rezeki yang murah buat saudara ini dan keluarganya. Tiba di Hentian Putra dia sepatutnya tinggalkan kami di pintu masuk sahaja. Kerana jalan itu hanya untuk laluan bas sahaja. Tetapi dia dengan selamba parking betul-betul di hadapan tempat penumpang menunggu bas. Biarpun aku kata stop aje kat depan aku boleh berjalan, tetapi dek kerana dia terlalu perihatinlah dia buat itu semua. Biarpun dia di tegur oleh pengawal di situ. Aku tak nak komen apa-apa tentang pengawal tu kerana aku tak dengar apa yang pengawal tu kata apa kat dia. Tetapi aku faham benar kerana aku dah pernah lalui semua itu.

Cuma dari jauh aku mendoakan kebahagiaan buat saudara ini, dan satu hari nanti harap bertemu lagi. Balik time macam tu tak ramai manusia yang tertumpu di Hentian Putra seperti biasa sahaja. Kalau time raya penuh dengan manusia. Kami beruntung malam tu kerana bas yang membawa kami ke destinasi terlalu dekat dengan kami, kalau tidak nak berjalan jauh tu agak sukar juga bagiku.

Selalunya dalam bas kami cuma tidur-tidur ayam sahajalah. Dah lama tak naik bas rasanya kalau tak silap tahun 2006. Dalam bas aku sms kakak ipar suruh tunggu di PP. Malasnya nak naik kereta sapu, time tu lah diorang hentam mahal-mahal. Rasanya lebih baik aku buat beli nasi berlauk dari aku kasi kat kereta sapu tu. Bukannya aku berkira sangat, dah diorang tau kita balik dari Kuala Lumpur diorang letak harga tinggi. Padahal kalau siang hari kampung ku ke bandar PP cuma rm 3 sahaja. Cewah baik le aku wat beli nasi berlauk hehehe. Yalah dah ada abang yang nak pergi ambil, kalau terpaksa aku naiklah jugak kereta sapu tu. Tahulah diorang mencari rezeki tetapi kalau tak kena gayanya minta maaflah.

Sampai di rumah ayah dan emak sudah menanti. Seperti biasa inilah wajah-wajah yang aku rindui. Kalau boleh nak duduk lama-lama tetapi apalah dayaku keadaan yang tidak mengizinkan. Doaku semoga suatu hari nanti aku akan menjadi penghuni tetap di kampung itu. Kerana dalam banyak hal aku memang tak berapa seronok tinggal di sini, salah satunya tiada jiran-jiran, kekawan apa lagi. Sakit pening sendiri. Kalau di kampung jiran-jiran bagaikan saudara. Bila dengar sahaja aku pulang tentu sepupu sepapat, jiran-jiran pergi ke rumahku. Diorang siap bawak buah tangan. Duk kat sana puas makan durian dan rambutan. Tu pun rasa macam tak nak balik lagi ke sini. Ayah memang tak berapa sihat, bahu ayah di sebelah kanan tak boleh nak gerak kerana kesakitan akibat terjatuh. Kata ayah dah urat-urat tua beginilah. Tetapi ayah ni memang degil, dalam sakit begitu pun dia nak jugak buat itu dan ini. Di belakang rumah penuh dengan ubi dan sayuran. Itu masa ayah belum sakit bahu. Tahun inilah kata ayah ubi badak,ubi itik dan segala jenis ubi menjadi. Dan yang membuat hati ini sebak kerana ayah selalu hitung kekawan yang sudah pergi meninggalkannya. Semoga ayah panjang umur. Itu doaku.......

Terlalu singkatnya pertemuan itu, malam sabtu tu kami bertolak pulang. Di saat aku peluk dan cium pipi dan dahi ayah lagi sedih. Erm begitulah ayah. Seperti biasa kalau pulang ke kampung emak dan ayah nak bagi itu dan ini. Kalau nak ikutkan aku mahu ayah dan emak tinggal bersama aku sebulan dua, tetapi aku faham di sini surau dan masjid jauh. Lagi pula ayah mengajar mengaji, siapa yang hendak mengaja mengaji. Kalau nak harapkan kakak ipar dan anak-anak buahku diorang sibuk dengan hal masing-masing. Malam itu bas yang sepatutnya tiba jam 8 malam terlewat sampai. Pukul sepuluh baru sampai. Kalau tahu macam tu aku tak payah datang awal ke stesyen bas PP.

Jam lima pagi tiba di Hentian Putra..petangnya hantar Hafiz pula ke asrama. Kalau nak dikutkan penat memanglah. Sudah lumrah kehidupanlah tu.........

p/s

Oleh kerana sebab-sebab yang tidak di elakkan mangkuktingkat.com tidak dapat menghantar ke PJ dan sewaktu dihentikan buat sementara waktu. Ini sms yang baru di terima.

MAKLUMAN: KEPADA PELANGGAN MANGKUKTINGKAT.COM YG DIHORMATI. PHANTARANAKN DHENTIKN BUAT SEMENTARA WAKTU DI KAW PJ,K.DAMANSARA, KJ PUCONG, SJ, TROPICANA SEHINGGA DI MAKLUMKN. INI TIADA KAITAN DGN YYSAN NURHIKMAH TP KSULITAN TEKNIKAL YG DHADAPIKAMI SEBAGAI PEMBEKAL. KAMI AKN MEMBER PKHIDNATAN YG TERBAIK PD MASA AKN DATANG. TQ.

Nampaknya sudah hampir seminggu tak makan dengan mangkuktingkat.com ni. Dalam bulan Ogos ni hanya satu kali kakak tu hantar ke rumah. Apa nak buat sesuatu yang tidak dapat di elakkan. Kena masaklah nampaknya. Allah hai sebelum ni pun aku tidak mengharapkan kakak tu saja yang menghantar mangkuktingkat ke rumah. Masaklah jugak sikit-sikit untuk tambahan. Bukan nak susah sangat duk dua orang beli lauk dua tiga jenis dah cukuplah.

0 comments: