Ada mood nak menulis pula malam ni. Lagi cerita di kampunglah lebih kurang gitulah. Selalunya kalau aku menulis macam rojak la.
Bila duduk sembang dengan emak, dia bercerita itu dan ini, manakala kakak ipar aku ni terlalu sibuk di dapur. Ada saja yang dia buat cekodok lah, pulut durian. Waahh kalau lama lagi tinggal di kampung boleh jadi gempallah gamaknya aku. Kalau di rumah aku memang puasa selagi tidak ada keuzuran.
Mek bercerita tentang baju raya pulak. Huhuhu puasa belum lagi diorang kat kampung dah siap dah beli persiapan hari raya. Yalah diorang kan anak ramai, kalau tak siap awal-awal barang semakin meningkat. Sebelum raya baju kurung sepasang rm 16 kalau dah dekat nak raya maunya di naikkan sehingga rm 20. Bagi orang kampung rm 20 dan rm 25 tu sungguh mahal. Kalau di bandar ni rm 40 pun kira biasalah tu. Untuk tahun ni aku tak teringin nak menempah baju raya. Rasanya baju tahun lepaspun masih ada lagi yang boleh di pakai. Terima kasih untuk sahabatku Epel kerana dia sudi menolong aku menempah baju. Ada tu baru pakai sekali dua. Rasa membazir pulak. Lagipun nak kemanalah sangat aku ni. Kalau beraya di kampung yalah ramai tetamu yang datang, tetapi kalau beraya di sini nampaknya seperti biasa sajalah..........
Cerita mek, ada orang pergi jual kain di rumah rm 70, mek dan kakak iparku beli sorang sepasang. Sedangkan sudah tempah sorang dua pasang untuk hari raya tahun ni. Hmm..padaku lah rasanya kalau nak beli kain pergi aje kat kamdar atau kedai-kedai kain. Bukannya apa..kalau yang di jual di rumah, misalnya harga rm 50 diorang jual rm 70. Yalah nak untung lebih apa lagi di jual dari satu rumah ke satu rumah. Tak nak beli dah orang pergi ke rumah. Apa lagi emak aku ni jenis lembut hati sikit, lambat orang pujuk suruh beli cairlah dia. Tidak pulak bagiku, akan ku fikir berkali-kali.
Bila aku fikir-fikir orang kampung sepuluh kali lebih senang dari aku yang tinggal di bandar ni. Tetapi kan orang kampung ingat aku ni senang lenang tinggal di sini. Walhal kalaulah diorang ni duk di tempat aku waduh baru diorang tahu bagaimana rasanya. Itulah bezanya tinggal di kampung dan di bandar. Aku melihat diorang ini takdelah susah sangat. Tak salah kerana itu dah rezeki masing-masing bersyukurlah.......
Sambil bersembang di beranda kakak ipar menunjukkan rantai dan gelang tangan yang baru di belinya. Ahh..aku faham diorang ni memang suka melaram dengan barang kemas. Aku???? hehehe jangan haraplah tak minat langsung biarpun aku ni orang Kelate jangan haraplah aku nak pakai barang kemas. Salah satunya aku tak berapa minat. Yang adapun simpan kat Bank lagi selamat. Aku lebih suka memakai sesuatu yang ringkas seperti mutiara. Tu lah kan. lain orang lainlah pulak ceritanya.
Waah beraya sakan diorang ni. Tu belum masuk bab kuih raya pulak, selalunya anak-anak buah aku yang buat biskut raya. Seperti biasa kalau bercerita tentang kuih raya lagilah aku tak berminat. Habis tu apa yang aku minat? Pernah buat kuih raya dengan jiran-jiranku ketika tinggal di Countryhomes empat tahun lepas. Kami pakat-pakat buat biskut raya. Kalau nak tahu biskut raya aku lepas raya masih banyak lagi kerana kami memang tak berapa makan biskut raya. Jiranku kebayakannya orang Bawean tak suka biskut atau kek yang ada butter dan marjerin. Diorang suka buat kuih yang tak masuk butter atau marjerin. Tetapi ada dua tiga orang jiran Melayu ketika itu suka buat biskut. Sudahnya aku blender dan buat kek. Itulah setiap kali tibanya musim raya suami aku tak kasi aku buat biskut raya. Katanya beli aje kerepek atau satu dua jenis dah la. Orang tak makan kuih raya tetapi diorang makan yang berat-berat seperti nasi dagang dan lontong. Berlainan sekali di kampungku diorang pulun sungguh makan kuih raya. Tak sampai tiga hari raya dah licin tinggal habuk. Kalau pulang kampung rasanya berselera jugak sebab tengok orang makan. Rasa berbaloi kalau bawa balik biskut raya ke kampung. Tetapi kalau tak pulang beraya di kampung tak habislah biskut rayaku. Kalau nak bagi kat orang yang lama-lama tak elok juga sebab dah lemau.
Erm apa-apa ajelah asalkan bahagia. Janji tingkatkan amalan di bulan ramadhan dan jangan hanya fikir nak raya saja. Kerana di bulan ramadhanlah pahala berganda-ganda. Kalau nak cerita tentang raya dan puasa terkenang pula kepada anakku satunya-satunya, nampaknya tahun ni buat pertama kali kami berjauhan. Huih tak pasal-pasal duk cerita tentang raya lah pulak....
2 comments:
Salam Kak Awwa..
hehe akak nak pakai baju kurung yg buat masa kerja dulu, masih baru masih cantik, jimat skit..
salam akak..hehehe rasanya anak ler di dahulukan...kita ibu bapa ni pakai mana yg patut aje ler..harga barang mahai lani..bab kata kamal efendi..kalau tau poket nipis tu berbelanjalah wat cara poket nipis..n tak mau berbelanja macam org poket tebai..kui kui hehehe
Post a Comment