Jam 2 petang tatkala aku sedang makan nasi kerabu yang di beli suamiku setelah pulang dari Subang. Hafiz menelefon suamiku. Katanya ustazah benarkan pelajar-pelajar pulang ke rumah untuk menyambut puasa. Aduhai anakku, kalaulah di khabarkan awal-awalkan senang, ayahmupun boleh pergi selepas ke Subang. Bayangkanlah betapa ramainya manusia di LRT. Teksipun jangan haraplah time macam ni pasti dia tak mau pergi ke Shah Alam atau tempat jauh-jauh. Kalau panggil lima enam buah baru ada teksi.
Fikir punya fikir suamiku call ustazahnya. bincang punya bincang dia sanggup menghantar ke rumah. Tetapi sayang seribu kali sayang kerana Hafiz tak nak ustazah hantar kerana dia nak ke rumah kawannya di Damansara Height. Sedangkan hati ini resah gelisah memikirkan dia. Apakah dia tidak memahami betapa runsingnya hati ini memikirkan dia,tetapi dia selamba menelefon lagi memberitahu untuk ke rumah kawannya. Kawannya menyuruh tidur semalam. Hati ibu mana tidak gundah kalau anak tidur di rumah orang selain dari asramanya. Berkali-kali aku dan suami call hpnya tetapi dia offkan hpnya, begitu juga kawannya tidak di angkat. Tetapi alhamdulillah aku menarik nafas lega kerana emak kawannya menjawab telefon mengatakan anakku dan anaknya pergi ke surau yang terletak di hadapan rumahnya mendengar forum perdana sempena menyambut merdeka. Aku taulah dia sudah besar, tetapi kalau aku jangan haraplah nak tidur di rumah orang biarpun cantik bagaimanapun rumah orang itu. Pagi besok emak kawannya akan menghantar Hafiz.
Tadi baru saja menonton akademi nasyid, alhamdulillah juaranya jatuh kepada Azhan. Terharu jugak tengok insan senasib. Memang dah agak Azhan akan menang. Lepas itu aku sambung melihat cerekarama Saleha pula. Hajat hati tepat jam 12 nak menyaksikan bunga api dekat Ambank dekat sini, tetapi inilah untuk pertama kali sepanjang aku tinggal di sini, tiada bunga api malam ini. Almaklumlah nak berjimat agaknya. Lagipun itu cuma pembaziran sahaja. Kalau tidak berdentam dentum bunga api yang berwarna warni, cuma dapat di lihat di halaman rumah sahaja.
Mata memang sudah mengantuk tetapi bila mengenangkan anakku hati terasa risau. Barangkali anakku ingin belajar berdikari. Alhamdulillah akhirnya impianku termakbul jua untuk berbuka dan bersahur bersama Hafiz. Kalau sebelum ini aku ingat tak berpeluang untuk menyambut ramadhan bersamanya. Syukurlah kerana ustazah memberi cuti sempena merdeka. Terima kasih banyak-banyak ustazah......
0 comments:
Post a Comment