andai ini takdirnya utkku

Saturday, December 29, 2007

~Selamat datang tahun baru 2008~

AssalamualaikumTahun 2008 bakal tiba tidak berapa hari lagi ini bermakna anakku Hafiz akan berjauhan denganku. Andai aku suka ke tak suka inilah jalan yang telah ku pilih. Inilah petunjuk dari Allah untuk ku, inilah takdirku satu-satunya zuriatku berjauhan denganku setelah dua belas tahun dia bersama-sama denganku sedari tapak kakinya yang masih merah. Inilah hakikat sebuah kehidupan biarpun terlalu perit namun akan aku belajar kuatkan hati ini menerima segalanya dan redha dengan ketentuan dari-NYA. Aku harus belajar membiasakan diriku untuk menghadapi situasi ini, begitu juga anakku mudahan ini semua bukan kejutan untuknya. Mudahan semuanya...

Thursday, December 20, 2007

Aidil Adhaku yang suram~

AssalamualaikumSeperti dua tahun lepas (tahun lepas aku beraya di kampungku) aidil adhaku di sini agak suram bagaikan tiada perayaan, tiada kedengaran tahmid dan takbir kalau tidak on Tv dan radio, sunyi sepi dek kerana dua lagi jiran kami pulang ke kampung masing-masing. Hanya tinggal kami sahaja yang menjadi penghuni setia di perumahan ini. Barangkali jiran-jiran non muslimpun mungkin mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung masing-masing sunyi sepi.Memandangkan kesihatanku yang kurang sihat tiada apa persediaan yang aku buat, tiada rendang dan sebagainya lagi. Tahu-tahu sahajalah orang asthma bila penyakitnya datang tidak mungkin untuk melakukan kerja-kerja rumah melainkan aku rehat memanjang tapi bila dah sihat jangan harap aku nak memanjakan diriku. Lebih baik aku merayau ke halaman...

Tuesday, December 18, 2007

~Salam Adiladha~

AssalamualaikumDi kesempatan ini aku dan famili ingin mengucapkan salam adiladha buat semua teman-teman yang ku kenali dan yang tidak kukenali, tetapi kehadiran kalian dapat menceriakan hidupku. Andai ada ketelanjuran kata-kata baik dalam penulisanku yang tidak seberapa ini atau tutur kata yang menguriskan hati teman-temanku ampun maaf yang aku pinta. Nampaknya tahun ini kita di uji dengan banjir yang besar di sesetengah negeri termasuk di negeri kelahiranku di Kelantan. Tetapi alhamdulillah di kampungku tidak ada banjir biarpun di setengah-setengah kampung yang berdekatan dengan kampungku di landa banjir. Doaku semoga mereka akan tabah dalam menghadapi ujian dari Allah. Situasi sebegini pernah aku alami jadi aku faham bagaimana perasaan mereka yang kehilangan harta benda bahkan nyawapun kalau...

Monday, December 17, 2007

~Sudah hilang dah~

Assalamualaikum selamat malamMalam ini blog wordpressku yang bertajuk~DISINI KITA BERTEMU~ sudah gulung tikar, padahal pagi tadi masih ada lagi. Alahai tak sampai lima bulan sudah hilang. Nasiblah entripun taklah menarik sangat( mana-mana blog akupun tak menarik). Tetapi ramai juga rakan-rakan blogger yang singgah di teratakku itu. Itu sajalah buat masa sekarang aku kekeringan idea untuk menulis di sini.Insyaallah bila aku ada idea aku hentakkan lagi jejariku di atas keyboard uzur ini. Biarpun sudah uzur tapi ianya memberi keceriaan buatku dalam berbl...

Monday, December 10, 2007

~Ceritaku hari ahad lepas 9 Disember 2007~

Bunga ros yang sedang kembang cumil sungguh. Rugi bagi sesiapa yang tidak minat bunga hihihiHafiz masam mencuka dia sedih sebab aku tak bagi dia ikut ayah ngahnya ke PenangNi tiga beradik budak keleteh ni. Gambar tak berapa jelas leLagi-lagi bungaNi lah suasana di kenduri khawin anak kawan suami aku Nak ambik gambar pelamin tapi Hafiz malu jadinya aku snap aje dari jauh. Nak tunggu pengantinpun lambat sampai~ cerita seterusnya nantilah dulu lain kali insyaallah........Haaa ni akupun sambunglah cerita di sebalik gambar ni. Hari ahad lepas tu kawan kepada suami aku sms tanya nak gi tak kenduri kawen anak Kak Milah tak? Hatiku pun duk teragak-agak...

Saturday, December 8, 2007

~Taman bunga-bungaan~

~Pokok ada bermacam-macam pokok nak ambil gambar aje yang tak larat. Ada pokok ulam raja, pokok ubi, pokok orkid liar dan pokok duit-duit betik dan buah manggapun ada. Rupanya melihat pokok-pokok dan bungaan ini boleh menghilangkan tekanan bagi...

Thursday, December 6, 2007

`Memang aku takde kerja huhuhu~

Akhirnya hp Hafiz yang hilang di takdirkan berjumpa kembali setelah dua minggu. Pelik memang pelik setibanya suamiku di opisnya hari selasa beberapa minggu yang lepas hp ini ada di atas meja komputernya duduk molek dengan baterinya yang penuh. Padahal sebelum ini baterinya pun takde, hatiku pun sudah rusuh bila mengingatikannya. Agaknya biarpun murah hp ini ada yang ingin meminjamnya sebentar...lalu di gerakkan hatinya untuk menghantarnya kembali kerana sms demi sms dariku atau apa aku tak tahulah, yang pasti aku tidak ingin tahu apa-apa kerana ianya sudah dikembalikan alhamdulillah . Terima kasih tuhan kerana mengembalikan hp anakku...biarpun...

Wednesday, December 5, 2007

~Hujan akhirnya turun jua~

Hujan Artist: Sudirman Hujan yang turun bagaikan mutiaraBerkilau bersinar berkerdipanSubur menghijau bumi terbentangDan bayu berpuput lembutCinta yang bersemiDiwaktu hujan turunMenyirami ketandusan hatiDan hujan turut mengiringiEngkau pergi...Selembut hujan bercurahanBegitulah cinta iniSemesra bumi yang disiramiBegitulah hati iniHujan yang turun bersama air mataBersama pedih, bersama rinduKau datang dan kau pergi juaRindu lagi.Sudah dua hari hujan turun setelah lama bumi kering kontang. Pada mulanya gerimis kini ianya lebat dan gemersik bunyinya membuatkan hati ini sayu, rindu dan sukar untuk aku menyatakan. Aduhai...

Tuesday, December 4, 2007

~Tercatat sebuah pertemuan~

AssalamualaikumKalau diturutkan hati ini meraung rindukan anak tercinta..begitu juga dia rindu kan ibunya, tetapi aku tahankan hati ini kuatkan semangat ini. Ahh...rupanya beginilah orang yang merindui kekasihnya apa lagi menanti kepulangan anakku yang hanya tinggal empat hari lagi. Seminggu aku rasa begitu lama bagaimanalah nanti kalau berbulan? Dekat tapi jauh kerana aku tak mampu untuk menjenguknya ya Allah sedihnya..........Ni lah rupanya nasi himpit yang orang Boyan atau Bawean selalu buat dan yang selalu aku makan ketika di BCH. Kak Asmi pandai memasaknya..lebih enak kerana daun pisangnya...sedap bangat..........Ni pun bukan aku yang buat...

Sunday, December 2, 2007

~Ahh...sunyinya aku~

Assalamualaikum salam pertemuanLama tak kongsi cerita dengan anda semua di sini. Hmm nama lagi blog tak laku( hek elehhh bukannya blog buat duit pun apa nak kisah laku ke tak laku ke..itu aku kata huhuhu). Bukannya apa aku tak tau nak tulis apa sebabnya aku takde idea. Hari ni aku cubalah tulis juga untuk menghilangkan kesunyian aku keseorangan di rumah. Kalau ada Hafiz takde lah sunyi sangat, masuk hari nih sudah dua hari Hafiz pergi di kem ibadah di Sekolah Tahfiz Darul Furqan. Alhamdulillah aku gembira sangat kerana dia gembira dan seronok di sana, setiap kali dia sms dan call dia kata dia gembira ramai kawan kat sana...tidaklah hanya duduk aje di rumah melayan TV dan games sahaja. Sebenarya aku faham kenapa Hafiz suka aktiviti menonton TV bermain games ketika di rumah? jawapannya kerana...

Thursday, November 29, 2007

~Aksi Hafiz dengan pokok ubi~

Sarat dengan pokok ubi, kalau sesiapa nak mailah ambik rasanya macam nak buang kesemuanya dah malas tengok menyemak mata..tanam rajin makan tak rajin. Tapi kalau ramai-ramai tu enak jugak ya.~Memang anak ibu rajin hihihi~~Ni dah terbalik nantilah ada masa betulkan balik, gambar-gambar ni Epel yang ambil ni kalau tak silap masa balik dari Ulu Langat~mekasih Epel hantar gambar nih.........

Tuesday, November 27, 2007

~Nicolekidman perkenalkan dirimu~

Assalamualaikum Pagi-pagi lagi aku dah ke blog orang, aku ke blog Chef atau novelis terkenal Norzailina tajuknya berkenaan dengan Budin? Siapa Budin? aku lagilah tak kenalnya siapa dia..kerana aku tak ramai mengenali teman-teman blogger,aku tak kenal siapa Uncle J dan sesiapa saja kalau kenalpun gitu-gitu aje, tapi aku kenal KS, Epel, fida, Keshi Musafir Minda itu sajalah kot kerana kami pernah jumpa, yang paling rapat dengan Epellah. Aku sebenarnya bukan tak nak tegur mereka...tetapi entahlah walaupun menyapa di cboxpun kekadang aku segan. Aku suka menegur orang yang menegur aku bukan bermakna aku tidak open orangnya....tetapi entahlah. Tetapi kalau jumpa galak juga aku bercakap huhuhu.Semenjak dari blogmyway lagi aku kenali nama Nicolekidman, tetapi aku tak kenal siapa dia kerana dia tidak...

Sunday, November 25, 2007

~Gambar-gambar yang aku suka~

~Aku ibaratkan blogku ini adalah blog yang paling tak laku huhuhu, entah dari dulu lagi aku dah kata diantara banyak-banyak blog yang aku ada, blog wordpress yang paling aku suka. Sejak dua tiga menjak ni kekawan aku yang sama-sama berblog dengan aku bagaikan semuanya sudah hilang dalam hidupku.Dulu aku ada Fida diorang panggil Baiksss, KS, Keshi ada Epel Ijau dan Musafir ( Epel Ijau ngan Musafir ni kalau tak sibuk diorang datang dan sms dengan ku) tetapi sekarang semuanya sibuk sesangat, kalau dulu kami sama-sama berskype tetapi kini semuanya tiada lagi. apa lagi ym akupun sudah tidak wujud sekarang ini oleh sebab-sebab yang tidak dapat di...

Sunday, November 18, 2007

~Terapi untukku~

...

~Unggapan KALAU versi aku~

Seringkali kita berkataKalaulah aku tahu ianya hendak hilang sudah tentu aku akan ambil dari dulu lagiKalaulah aku tidak kalut tentang GPRS sudah tentunya ianya tidak akan hilang Kalaulah aku tahu ianya hendak hilang sudah tentunya aku akan ikat talinya di seluarkuKalaulah aku tahu ianya hendak hilang sudah tentunya sudah lama aku ambil dalam beg kamuKalaulah aku tahu ianya hendak hilang sudah tentunya aku tidak akan cuaiKalaulah aku tahu siapa yang mengambilnya sudah tentunya aku ingin menemuinyaAhh...banyaknya KALAU semuanya sudah hilang KALAU lagiBukankah molek kalau kita berkata Kalau sebelum Kalau begini...Kalau nak bawak hp jangan lupa ikat talinya di seluar atau pakai saja di leher.Kalau di atas LRT jangalah tertidur sebabnya zaman sekarang banyak penyamun tarbusKalau nak tidur...

Friday, November 16, 2007

~Selamat tinggal Sek Sultan Alam Shah Satu, tetap dalam kenangan~

AssalamualaikumHari ini merupakan hari hari penyampaian hadiah dan sijil berhenti sekolah bagi pelajar-pelajar tahun enam pada tahun ini. Semalam anakku tidak hadir ke sekolah untuk kali yang terakhir kerana demam dan batuk yang agak teruk. Pagi ini dia gagahi jua untuk ke sekolahnya bertemu kawan-kawan dan guru-gurunya untuk kali terakhir, kerana selepas ini mungkin tidak bertemu lagi, maklumlah ada yang bersekolah luar dari kawasan ini.Tepat jam sebelas sebentar tadi anakku pulang dengan membawa sijil berhenti sekolah dan sewaktu dengannya, bila ku buka fail tertera nama Mohammad Farhan, di luar fail tersebut tertulis namanya "aik kenapa nama Mohammad Farhan nie Hafiz? kena gi tukar ni?" nasib baiklah sekolah dekat aje kalau tidak menjadi masalah buat kami. Biasalah dalam banyak-banyak...

Thursday, November 15, 2007

~Memori UPSR 15 November 2007~

Bersamaan 5 Zulkaedah 1428 Assalamualaikum Pagi khamis.... penantian setiap ibu bapa yang anak-anak mereka mengambil peperiksaan UPSR berakhir jua, begitu juga dengan aku. Tetapi bagiku tidak terlalu mengharap kalau ada rezeki adalah kalau sebaliknya segalanya aku terima dan aku redha. Bila ku ajukan pertanyaan kepadanya bagaimana dia kata "segalanya sudah lepas ibu terima sajalah apa keputusannya". Wah... bagusnya jawapan darinya.Sebagai seorang ibu hati berdebar-debar juga bagaimanakah keputusannya? tepat jam 12.30 anakku pergi ke sekolah bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku hari ini. Aku kata padanya nanti Hafizlah yang ambil keputusan...

Sunday, November 11, 2007

~MyBlogLog~

Assalamualaikum selamat malam... Sudah beberapa hari mybloglogku bertukar avatar dari Ainatul kepada ikon gadis cute anak mek salleh hihihi. Entahlah mybloglog ainatul sudah tak wujud dah setelah paswoodnya hilang begitu saja, akupun sudah terlupa. Rasaku ikon girl tu dah dikira okey dah dari menayangkan gambar sendiri di mana-mana blog yang aku singgah hihihi. Itulah juga yang sinonim dengan worpress aku..apa-apa ajelah tak menjadi problempun kan? Entah kenapa aku suka mempunyai banyak blog..sudahnya aku sendiripun tidak tahu hendak tulis yang mana satu huhuhu. Barangkali orangpun tidak tahu nak baca yang mana satu dah kan? Tidak mengapalah...

Monday, November 5, 2007

~Menantimu~

Assalamualaikum selamat malam.Janji ustaz dan ustazah yang mengendali kem motivasi tersebut akan sampai ke PJ tepat jam enam petang tadi... tapi sampai kesaat ini tepat jam sepuluh dua belas anakku masih belum muncul. Aduhai hati kenapalah terlalu gemuruh...bagaikan menanti buah yang tidak gugur sudahlah begitu hp anakku di offkan atau sudah kehabisan bateri entahlah. Aku yang gundah gulana menanti dalam debar. Begitulah aku menanti dan menanti bersama sekalung doa semoga kau selamat dalam perjalananmu anakku.Hatiku terasa bimbang hanya tuhan saja yang tahu apa lagi suami tiada di sisi. Barangkali begitulah hati dan perasaan seorang ibu bila berjauhan dengan anak-anak. Tetapi adakah anak-anak memikirkan perasaan ibu mereka? Kalau di ikutkan rasa geram juga bila aku menelefon berkali-kali...

Friday, November 2, 2007

~Dia sudah besar~

Assalamualaikum......salam hari minggu untuk semua. Hari ini 3 Nov 2007 pagi-pagi lagi anakku bangkit dari tidur bersolat subuh dan bersiap-siap untuk ke kem motivasi di Setiawan. Begitu teruja dia untuk menghadiri kem motivasi tersebut. Begitulah anak kalau sudah meningkat remaja hatinya teringin ke sana sini...sementalah ibunya tidak berdaya untuk membawanya ke sana sini....nak harap ayahnya sekali sekala bolehlah, ayahnyapun sibuk kerja. Dalam hati hanya bertawakal kepada Allah s.w.t sahaja kerana anakku tidak pernah lagi pergi jauh dariku tiga hari pulak tu, kalau dulu motivasi UPSRnya hanya di kolej UIA PJ sahaja tetapi kali ini jauh pula. Selalunya kalau pergi rombongan sekolah tak pernah bermalam, tetapi kali ini dia pergi lama. Tak mengapalah anakku...pergilah sayang ibu doakan...

Thursday, November 1, 2007

~Insan Biasa~

Album : Munsyid : Al-Mizan http://liriknasyid.com Jika hati ini rindu pada-Mu Aku pun pasrah hanya pada-Mu Terimalah doa dariku, karna hanya engkau Yang dapat mengabulkan doa dari hamba-Nya Hamba ini hanya insan biasa Yang hanya bisa memohon dan meminta Tunjukanlah kami jalan yang lurus Bukan jalan orang yang telah engkau murkai Kami hanya ingin rahmat dan kasih sayang-Mu karna hanya dengan itu kami dapat menghadapi cobaan ini...

Wednesday, October 31, 2007

~Van sesat N misteri???~

Selasa 30 Oktober 2007Anakku pergi lawatan ke Kl Tower, Eye on Malaysia seperti biasalah aku bersendirian di rumah. Nak jadi ceritanya ketika balik kampung hari tu dia tertinggal jaketnya...di dalam jaketnya ada kunci yang selalu dia bawak ke sekolahnya. Dah kuncinya tertinggal di kampung aku tak bagi dia kunci pagar ketika ke sekolah. Faham-faham sajalah aku ni bagaimana nak bergerak ke pagarpun aku tak larat...jadinya untuk memudahkan dia jugak aku sediakan dia kunci..tetapi tertinggal pula.Tepat jam 5.20 petang aku dengar seperti ada orang buka pagar/gate( orang Kelate panggil pagar jah) rumahku tanpa berlengah aku menjenguk keluar tingkap ada sebuah van berwarna putih memasuki halaman rumahku. Seperti biasalah aku cepat menutup langsir dan segala tingkap yang terbuka perlahan-lahan....

Monday, October 29, 2007

~OpEn HuoSe di Rumah EpeL

Assalamualaikum...Semenjak pulang dari kampung minggu lalu aku agak jarang membuka komputer dan berkongsi cerita dengan kalian. Entahlah sejak akhir-akhir ini rasaku bagaikan aku mengejar masa...terlalu sibuk dengan tugasan rumah tangga yang tidak pernah habis- habis. Mungkin itulah sebabnya mengapa aku malas hendak bercerita di sini. Lagipun apalah sangat ceritaku tidak ada apa yang menariknya. Hari ahad lepad 28.Okt 2007 aku dan famili ke rumah Epel bersama dengan Lea dan anak-anaknya. Walaupun dalam keretanya sarat dengan kami dan anak-anaknya akhirnya sampai juga ke rumah Epel. Ramainya kawan-kawannya tak putus-putus datang. Niat hati pada mulanya hendak berlama di rumahnya..memandangkan mungkin ini pertama dan terakhir kami ke rumahnya..faham-faham sajalah aku ni bagaimana kan.... tetapi...

Tuesday, October 23, 2007

~Tak tau nak citer apa~

Assalamualaikum....apa khabar anda semua? Agaknya masih lagi dalam suasana hari raya. Aku seperti biasa sajalah...cuma raya kali ini agak meriah dapat bersama ayah,emak dan keluarga semua. Dapat bertemu sanak saudara yang jauh dan dekat datang bertandang sehinggalah ke hari terakhir aku di kampung. Begitulah betapa akrab dan kuatnya ikatan silaturahmi di kalangan masyarakat kampung. 13 Okt 2007 1 syawal hari sabtuRaya pertama terpaksalah aku beraya sorang-sorang di PJ, seperti biasa sunyi sepi. Sementara suami dan anakku pergi beraya di rumah teman lama kami di Rawang. Bukan tak nak ikut tetapi banyak benda yang hendak di lakukan di rumah. Hendak kemas kain baju kuih muih dan berbagai lagi untuk di bawa balik ke kampung. Walaupun bersusah payah tetapi itulah yang paling aku utamakan.Tepat...

Friday, October 12, 2007

~Air mata syawal.... sayunya...

13 Oktober 2007 1 syawalAssalamualaikum....selamat hari raya buat teman semua. Rayaku di Kuala Lumpu...eh di Pj. Barangkali semua orang sedang bergembira di samping sanak saudara...tetapi diriku seperti biasa pagi tadi tepat jam empat pagi aku bangkit dari tidur siap seadanya. Setelah suami dan anakku ke masjid negara aku bersolat hari raya seorang diri di rumah. Sunyi sepi...walaupun sebelum ni aku sudah dengat takbir raya di youtube..tetapi bila tibanya hari raya hatiku benar-benar pilu dan sayu terkenangkan ayah dan emak di kampung. Air mata pulak rasa seperti nak tumpah aje huwaaa...akhirnya menitis jugak tatkala dengar takbir raya... Terbayang ketika aku menyambut lebaran di kampung betapa meriahnya berkumpul bersama sanak saudara menjamu selera. Tetapi di saini hambar huwaaaa....sedih...

Wednesday, October 10, 2007

~Kad Raya istimewa buat teman~

Ni kad sambut ramadhan..tetapi ianya menarik..boleh di jadikan kad raya gak ni hihihi. Akupun dah lupa copy kat mana. Andainya tuan empunya kad ini tersinggah di sini...aku mohon maaf kerana mengambil tanpa kebenar...

Tuesday, October 9, 2007

~Selamat pulang ke kampung~

~Alangkah seronoknya dapat mencium tangan ayah dan ibu di pagi hari raya~Assalamualaikum...Di saat orang lain sibuk-sibuk hendak balik ke kampung hatiku di himpit sayu...apa lagi bila dengar lagu-lagu raya sedihnya rindu kat halaman. Agaknya sudah ramai teman-teman blogger sudah selamat sampai ke kampung....atau yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung masing-masing. Seperti biasa aku beraya di sini...insyaallah kalau di panjangkan umur sampailah aku hari raya kedua ke kampung halamanku. Kepada teman-teman yang sudah selamat sampai ke kampung semoga anda berbahagia bertemu dengan famili masing-masing...kepada yang dalam perjalanan berhati-hatilah...

Thursday, October 4, 2007

~Selamat Hari raya aidilfitri..selamat tinggal ramadhan~

Assalamualaikum...kepada semua saudara saudari muslimin dan muslimat salam aidilfitri ku ucapkan...serta maaf zahir dan batin. Kepada teman-temanku semua..alhamdulillah kerana bertemu lagi kita dengan 1 syawal yang mulia..betapa sayu rasa hati ini kerana ramadhan akan pergi jua....tahun hadapan entah jumpa atau tidak. Semoga kita semua di panjangkan umur dan dapat lagi bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia.Andai Ini Ramadhan Terakhir Wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri Wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati Wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali Buatmu...